BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mempunyai jam rolex yang pada awal nya saya di maklum kan di perbuat daripada steel berharga rm21,000 . Kemudian melalui bacaan di internet saya dapati semua jam jenis rolex menggunakan emas putih pada nombor dan jarum supaya lebih tahan . Bahagian lain bebas emas . Soalan saya, Adakah di haram kan bagi saya memakai jam ini? Saya perlu jawapan yang benar. Saya sudah email mufti yang lain tetapi tiada jawapan .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum memakai jam tangan yang mempunyai sebahagian kecil emas putih hendaklah dielakkan walaupun jumlahnya sedikit kerana mengelakkan dari sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram. Ini kerana emas putih terhasil daripada campuran 2 unsur logam iaitu emas kuning dan perak. Kadar unsur emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehingga melebihi daripada 50% dan adakalanya mencecah sehingga 75%. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image