BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikm Tuan/Puan.. Maaf mengganggu.. Saya ingin bertanya 2 perkara.. 1. Saya dan suami sebelum ini adalah pengikut ajaran sesat tuhan harun. Adakah kami dikategorikan sebagai murtad ? 2. Ketika kami masih mengikuti ajaran sesat tersebut, suami saya telah menceraikan saya dengan talak 3.. Adakah sah lafaz talak tersebut? Kerana jika kami dikategorikan sebagai murtad maka murtad itu sahaja telah menyebabkan terbatalnya perkahwinan. Saya berharap sangat tuan/puan dapat membantu saya dalam hal ini. Sekarang kami sudah bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Kami juga mempunyai 2 orang anak perempuan dan ingin untuk menyambung semula perkahwinan kami. Terima kasih banyak-banyak tuan/puan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, yang bersidang pada 3 Oktober 2013 telah memutuskan bahawa, hukum berpegang dengan ajaran oleh Harun bin Mat Saad adalah haram. 2. Merujuk kepada sighah fatwa tersebut, dapat difahami bahawa fatwa ini tidak menyatakan pengikut ajaran Harun bin Mat Saad telah murtad. Justeru, pengikut ajaran ini tidaklah dihukumkan telah terkeluar daripada agama Islam. 3. Lafaz talak tersebut adalah sah. Sehubungan itu, puan perlu membuat pengesahan lafaz cerai tersebut di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image