BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Mohon Fatwa Rasmi: Ragu dengan unsur syubhah yang wujud pada makanan & haramkah meminta diselidik semula? Kami sekeluarga terdiri dari anak-anak kecil yang belajar Tahfiz pergi ke sebuah restoran terkenal ditanah air. Restoran tersebut menyediakan makanan yang berunsurkan ayam dan daging lembu. Dizaman teknologi kini amat mudah kami mencari maklumat cepat tentang pemilik restoran dan bekalan daging dan ayam yang diperolehi mereka terutama bagi restoran yang terkenal dari sumber rasmi mereka dan pihak pembekal. Setelah diteliti kami dapati restoran tersebut mengambil bekalan daging dan produk ayam dari luar negara dari iaitu dari satu syarikat yang mana syarikat yang sama juga merupakan syarikat terbesar membekalkan daging babi dan produk berunsurkan babi/khinzir ke negara-negara asia. Syarikat pembekal bahan mentah tersebut juga tidak dimiliki oleh orang Islam. Bahkan dipercayai ia dimiliki oleh golongan atheis tiada agama (bukan ahli kitab). Syarikat tersebut juga tidak berdaftar disuruhanjaya syarikat Malaysia tetapi menggunakan nama, logo dan alamatnya di tanah air. Maka dengan itu wujud keraguan pada kami sekeluarga untuk makan direstoran tersebut walaupun restoran tersebut kelihatan zahirnya mendapat sijil halal dari pihak berautoriti kerana selepas penentian kami dapati ia penuh dengan unsur syubhah dan tidak mengikuti piawaian Halal pihak beraoutoriti sendiri. Soalan pertama: Setelah wujud rasa ragu-ragu atas unsur syubhah yang wujud pada restoran tersebut kerana bekalan bahan mentah mereka. Adakah halal (halalan toyyiba) bagi kami untuk makan di restoran tersebut atau pun haram kerana ada unsur syubhah yang jelas terkait dengan pembekal rasmi mereka yang juga membekal dan memproses daging babi? Soalan kedua: Adakah haram kami meminta dan memohon pihak berautoriti agama bahagian halal untuk mengkaji semula berkaitan status halal restoran tersebut setelah kami sebagai pengguna Islam amat sensetif dengan isu makanan halal dan haram ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Jika pihak tuan meragui dengan operasi pembekalan bahan mentah pada restoran tersebut, sebaiknya hendaklah dielakkan untuk makan di situ. Berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hassan bin Ali RA cucu Rasulullah SAW, beliau berkata: دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu” (Riwayat al-Tirmizi) 2. Jika begitu keadaanya, tidaklah haram. Tuan boleh mengemukakan aduan ke pihak berkenaan untuk semakan dan siasatan terperinci terhadap premis yang tidak mematuhi syarat sijil halal di Malaysia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 248

message user image