Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Asslamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya mengenai lafaz ila'. Adakah lafaz "Sumpah demi Allah abang tak tengok" termasuk dalam lafaz ila'? Situasinya saya sedang berbogel untuk mandi dan pada masa tersebut, suami saya melihat saya dan saya cakap pada suami "Janganlah tengok". Terus suami cakap "Sumpah demi Allah abg tak tengok”.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz ila’ iaitu sumpahan syarie seorang suami untuk tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau tidak disebutkan tempoh masa. Dalam situasi puan, pernyataan suami berkaitan lafaz : “Sumpah demi Allah abang tak tengok” itu tidaklah termasuk sebagai sumpah ila’. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.