Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: As salam. Perlukah membayar zakat atas duit yang diterima dari harta pusaka?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, wajib dizakatkan secara individu oleh semua waris yang menerimanya. Harta berkenaan dikategorikan sebagai harta yang diperolehi daripada hasil pemberian (al-Mal al-‘Atiyyah) jika cukup nisab. Jika tidak, hendaklah gabungkan dengan semua jenis harta pendapatan yang lain (penggajian, hasil bebas dan al-Mustaghallat) dan perlu dizakatkan sebagai zakat pendapatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.