BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum. saya ingin bertanya. jika lampin anak saya yang berusia 2tahun bocor, kemudian saya baru sahaja menyedarinya setelah anak saya bermain dan duduk diserata rumah, perlukah saya membilas semua tempat yang berkemungkinan anak saya telah duduk dan lalu kerana anak saya mungkin telah terpijak najis itu. terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi situasi tersebut cukup sekadar membersihkan di kawasan yang kelihatan kesan najis sahaja dengan menghilangkan bau, warna dan rasa. Sekiranya puan merasa was-was dan tidak yakin, bolehlah membersihkan di kawasan anak bermain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 172

message user image