Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum tuan/puan. maaf mengganggu. Disini saya ada satu kemusykilan untuk bertanya mengenai rumah tangga. Soalannya begini, Saya telah berkahwin dan sejak kebelakangan ini berlaku perbalahan antara saya dan isteri. Ketika perbalahan berlaku isteri saya menghantar pesanan kepada saya melalui aplikasi whatsapp dan mengajak saya untuk pergi ke pajabat agama. Beliau suruh saya berjanji sekiranya saya tidak pergi ke pejabat agama akan jatuh talak. Jadi persoalannya disini adakah jatuh talak tersebut sekiranya saya tidak pergi ke pejabat agama?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, talak tidak jatuh selagi mana lafaz berkaitan yang dimaksudkan dengan penceraian bukan dari pihak suami sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.