Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. apakah hukum seorang lelaki membuang atau mencabut unibrow(kening bersambung) bagi tujuan untuk kekemasan diri dan keyakinan diri untuk bertemu orang ramai?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya adalah harus selagi mana ia tidak mengubah ciptaan Allah SWT dan tidak berniat untuk menunjukkan kecantikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.