BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya berkenaan dengan solat jumaat. bagaimana jika seorang penyelia mesin dalam kilang terpaksa bertugas untuk menjaga mesin dan ketika itu adalah waktu solat jumaat. Penyelia mesin kesemuanya adalah bangsa melayu. Akan tetapi pihak majikannya ada menyediakan jadual bertugas ketika hari jumaat. Apakah hukumnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, solat Jumaat merupakan satu kewajipan dalam Islam. ياَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) (al-Jumu’ah : 9) Hukum solat jumaat adalah jelas dalam agama Islam iaitu wajib dan hukum meninggalkan perintah ini adalah berdosa. Namun, ada kelonggaran sebagaimana diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah membincangkan isu Sembahyang Jumaat Polis dan Tentera yang Bertugas dan telah memutuskan bahawa adalah harus bagi Polis dan Tentera meninggalkan Sembahyang Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syarie kerana mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut. Adapun, tugas sebagai penyelia mesin dalam kilang tidak dikategorikan sebagaimana di atas, namun majikan telah memberikan jadual bertugas mendirikan solat Jumaat. Bagi kami, ini dilihat sebagai langkah minima bagi mengelakkan ancaman meninggalkan solat Jumaat 3 kali seperti mana hadis yang diriwayatkan daripada Abu al-Ja`d bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ تَرَكَ الجُمُعَةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ Maksudnya : "Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meringan-ringankannya, Allah akan mengunci hatinya." (Riwayat al-Tirmidzi) Kesimpulannya, walaupun adanya jadual bergilir, kami menegaskan bahawa hukum asal solat Jumaat adalah wajib dan tiada kompromi. Justeru, berbincanglah dengan majikan. Jika pekerjaan ini adalah bersifat pilihan yang mana ada peluang di tempat lain, ini adalah pilihan yang sangat baik diambil iaitu meninggalkan terus pekerjaan yang menjadi penghalang kepada pengabdian kepada Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 244

message user image