BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum YBhg Dato Mufti. Saya ada kemusykilan mengenai hukum seorang non muslim memberikan sumbangan lembu untuk dijadikan lembu korban pada hari raya haji ini. Sumbangan lembu tersebut diserahkan kepada surau untuk dijadikan lembu korban. Adakah boleh pihak surau menerimanya, dan apakah status korban yang dibuat, adakah boleh dibuat? Pada pendapat saya ibadah korban adalah berhubungkait dengan ibadat islam yang ada hubungkait dengan iman dan taqwa adakah dibolehkan orang non muslim memberikan lembu untuk dijadikan binatang korban atas apa jua alasannya. Mohon pencerahan daripada YBgh Dato Mufti.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pihak surau boleh menerima pemberian haiwan untuk dijadikan lembu korban. Pihak surau boleh menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang korban. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image