BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya ingin bertanyakan mengenai zakat. Boleh kah saya agihkan terus bayaran zakat kepada hamba allah yang daif dan memerlukan wang untuk membiayai pembedahan anak beliau yang berusia 4 tahun kerana anak beliau tidak boleh membuang air besar kerana tidak ada lubang dubur sejak dilahirkan. Kos pembedahan dijangka dalam lingkungan RM15 ribu. Boleh kah saya gunakan wang zakat saya untuk diagihkan kepada beliau bagi menampung kos pembedahan berkenaan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan dengan zakat tuan perlu dibayar terus kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai badan yang dilantik untuk mengurus dana zakat. Adapun niat tuan untuk membantu hamba Allah tersebut boleh berbincang dengan pihak LZS untuk merealisasikan hasrat tuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image