BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanyakan, saya mempunyai masalah kencing tidak lawas. Saya merupakan seorang pelajar berasrama penuh. Setakat ini saya mengamalakan cara tidak menutup kemaluan saya dan tidak menggantikan pakaian saya (boxer dan sebagainya) kerana kuantiti yang sedikit berdasarkan pendapat Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tetapi saya akan pergi ke tandas untuk kencing dan mengambil wudhuk sejurus masuk waktu solat atau beberapa minit awal sebelum masuk waktu solat. Apakah boleh saya melakukan sedemikian? Saya sedang mencuba cara yang paling termudah untuk melakukan ibadah fardhu dan sunat. Harap tuan dapat menjawab persoalan saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kencing seorang dewasa adalah najis mutawassitah yang perlu dicuci ketika hendak menunaikan solat. Ia menjadi syarat sahnya solat. Masalah kencing tidak lawas walaupun sedikit biasanya akan keluar berterusan dan tidak dapat dikawal. Oleh itu, saudara perlu menjaganya dengan memakai cawat atau pampers. Bagi tujuan menunaikan solat, ia perlu dibersihkan sebaik sahaja masuk waktu dan menukar cawat atau pampers yang diikuti dengan mengambil wuduk. Selepas itu tunaikanlah solat, walaupun dalam keadaan kencingnya keluar. Inilah cara atau kemudahan yang dibenarkan bagi mereka yang bermasalah kencing tidak lawas. Begitulah yang perlu dilakukan bagi setiap solat fardu. Satu wuduk sah untuk satu solat fardu. Walaubagaimanapun, ia boleh digunakan untuk beberapa solat sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 152

message user image