BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya tolong beratur dan seterusnya tempah meja di restoran tiada sijil halal untuk pelanggan bukan islam. Saya diberi upah untuk usaha saya itu. Adakah upah saya itu halal atau sebaliknya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya kedai tersebut tidak menghidangkan makanan yang diharamkan seperti arak, khinzir atau lain-lain makanan yang tidak halal maka harus mengambil upah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 173

message user image