BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya pendapat pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pada tahun 2009, saya ada bertengkar dengan isteri, menyebabkan saya melafazkan 'Pergi la kalau kau nak pergi'. Saya sendiri tak pasti waktu saya lafazkan perkataan tersebut, adakah saya berniat untuk menceraikan isteri saya ataupun tidak. Disebabkan rasa tak sedap hati, saya ada berjumpa dengan seorang pegawai agama di pejabat agama Johor, di Johor Bahru. Setelah saya menerangkan dengan panjang lebar mengenai apa yang telah berlaku, pegawai tersebut mengatakan tidak jatuh talaq terhadap isteri saya. Apa yang menjadi kerunsingan saya ialah, selepas hampir 10 tahun, perkara tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran saya, dan seolah-olah ada satu bisikan yang mengatakan telah jatuh talaq terhadap isteri saya. Perkara tersebut seolah-olah berbisik ditelinga saya dan menyebabkan saya berasa was-was. Adakah itu hanya bisikan syaitan yang mahu merosakkan rumah tangga saya atau sebaliknya, saya sendiri kurang pasti. Saya mohon jasa baik pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menasihati saya tentang apa yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu bawa perkara ini ke Mahkamah Syariah? Minta jasa baik pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan “pergi la kalau kau nak pergi” adalaha lafaz kinayah iaitu lafaz yang merujuk kepada niat suami. Jika niat adalah bercerai maka jatuhla, namun sebaliknya maka tidak jatuh talak. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 297

message user image