BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam. Tahun ini raya haji 10 Zulhijjah jatuh pada hari ahad. bermakna hari arafah jatuh pada hari sabtu. adakah wajib untuk puasa jumaat juga jika hendak puasa Arafah yang jatuh pada hari sabtu itu? terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, tidak perlu berpuasa pada hari Jumaat jika hendak puasa hari Arafah yang jatuh pada hari sabtu. Ini kerana puasa Arafah adalah sunat. Justeru, jika jatuh pada hari apa pun termasuk hari Jumaat, maka sunat berpuasa pada hari Jumaat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 373

message user image