Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Seorang suami melafazkan "aku ceraikan kau dengan talak tiga jika engkau pergi ke program itu lagi sebelum kau minta maaf dengan aku" - tidak lama kemudian mereka berdamai dan isteri meminta maaf kepada suami. hari berikutnya mereka pergi ke program tersebut bersama-sama. Soalannya, adakah taklik itu sudah terbatal apabila isteri sudah meminta maaf kepada suami ? Mohon pencerahan .
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan; Lafaz taklik tersebut terbatal kerana ia tidak berlaku. Seharusnya suami dalam hal ini berhati-hati, sentiasa menjaga emosi, bersabar dan sentiasa mencari jalan berbincang antara suami dan isteri dalam menyelesaikan sesuatu perkara. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.