BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin tahu mengenai skim pinjaman asbf. saya memang berniat untuk ambil keuntungan dengan menutup akaun tersebut selepas 2 tahun. apa hukumnya? maksudnya, saya memang rancang masuk pelaburan asb, selepas 2 tahun akan tutup akaun tersebut sebab masa itu akan untung dalam 5k.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perkara pertama berkaitan dengan pelaburan, perlu dipastikan ianya adalah pelaburan yang mematuhi syarak/patuh syariah. Jika ini dapat dipastikan, maka hukumnya adalah harus. Elemen kedua adalah pematuhan kepada perjanjian pelaburan. Jika kedua-duanya dipatuhi maka harus pelaburan itu dibuat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 162

message user image