BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum mencium sejadah dalam masa yang sama memuji Allah seperti bertahmid dalam keadaan tersebut setelah selesai solat atas niat syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk mengerjakan ibadah solat? Ada yang mengatakan bahawa ianya adalah salah kerana perkara tersebut dikatakan sebagai sujud syukur namun tidak mengikut cara yang sepatutnya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan memuji Allah adalah sangat dituntut. Namun, perlu mengikut garis dan panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Cukup sekadar bersujud disertakan dengan tahmid, tasbih, takbir dan tahlil tanpa mengucup sejadah tersebut kerana dikhuatiri termasuk dalam golongan yang disifatkan sebagai pelampau dalam beragama. Ini berdasarkan Hadis Nabi SAW yang mana Baginda bersabda sebanyak tiga (3) kali : هلك المنطعون Maksudnya: “Musnahlah golongan yang melampau”. (Riwayat Muslim) Kata al-Imam Nawawi ketika mentafsirkan maksud المنطعون ialah mereka yang terlalu teliti, melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan mereka. Sehubungan itu, adalah dinasihatkan untuk bersikap insof (sederhana) dalam melaksanakan tuntutan agama mengikut panduan yang telah ditetapkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 229

message user image