Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukumnya jika seseorang itu mencari rezeki melalui pertunjukan patung puppet.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum kita mencari rezeki dengan melakukan pertunjukkan patung puppet adalah harus selagi tidak melanggar panduan syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.