BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah jatuh talak jika suami sengaja menyebut nama isteri yang betul, tetapi nama bapa isteri yang tidak betul, kerana suami langsung tidak berniat untuk menceraikan isterinya. si suami menyebut "Nur Ashikin Binti Ahmadodododododo, aku ceraikan dikau" sedangkan nama isterinya Nur Ashikin Binti Ahmad. Suami sengaja menyebut nama yang salah supaya tidak terjatuhnya talak. Suami menyebut lafaz tersebut semasa berseorangan. Mohon pencerahan, kerana suami beranggapan tidak jatuh talak jika nama yang disebut adalah nama orang lain.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, lafaz-lafaz yang berbentuk perceraian atau talak tidak boleh disebut dengan sewenang-wenangnya, main-main atau secara gurauan. Perkara ini dijelaskan dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) Walaupun dilafaz secara berseorangan, jika suami berniat untuk menceraikan isterinya atau lafaz tersebut ditujukan kepada isteri walaupun namanya tidak tepat, boleh menyebabkan jatuhnya talak. Justeru, pihak suami dikehendaki merujuk terus perkara ini ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan lafaz cerai tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 306

message user image