BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Adakah makanan yang dirampas boleh dimakan oleh pegawai yang merampasnya ? Adakah ianya haram atau tidak?


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, dalam isu ini hendaklah dilihat dari aspek hukum dan undang-undang setempat. Contohnya, jika pegawai yang bertugas membuat rampasan terhadap makanan yang dijual tanpa kebenaran dan menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan, maka harta rampasan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Jika bayaran denda dalam tempoh tertentu menyebabkan barang rampasan dipulangkan semula, maka ia tidak boleh dimakan kerana masih menjadi milik penjual. Walaupun makanan tersebut halal, namun melakukan kesalahan yang ditetapkan oleh ulil amri adalah dilarang. Sama ada makanan tersebut dimakan oleh pegawai atau dilupus atau dilelong adalah menjadi tanggungan pihak berkenaan. Melainkan jika mendapat kebenaran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 506

message user image