Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin tahu siapa kah yang sepatutnya atau berhak ke atas duit nafkah anak setelah kami berpisah. anak dibawah jagaan bekas isteri. Duit nafkah saya masukkan ke dalam akaun bekas isteri tetapi anak merungut tidak dapat berbelanja yang secukupnya. Nafkah sebulan RM250 akan tetapi diberitahu anak hanya bekalan belanja RM50 untuk dua minggu anak berumur 17 tahun dan masih belajar serta duduk di asrama. Segala persiapan sekolah mahu pun musim perayaan saya sediakan termasuk top up handphone anak mingguan. Kedua sampai bila wajib ke atas saya memberi nafkah. Saya mempunyai 3 orang anak dengan isteri sekarang serta menanggung 2 orang anak tiri kesemua masih bersekolah dengan pendapatan tidak seberapa.
Jawapan