Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz, saya dah melakukan dosa yang amat besar iaitu derhaka pada ibu bapa. Saya maki dan kutuk ibu ayah belakang mereka setelah dihasut kakak sendiri. Saya tidak menggunakan alasan kakak, walaupun dia hasut patut saya lebih tahu apa hukum mendengar fitnah tanpa menyiasat dan terus menghinaibu ayah tanpa pengetahuan mereka. Sekarang saya sedar dan saya rasa amat malu pada Allah, malu pada diri, penyesalan dan rasa bersalah yang amat sangat dan saya sudah melakukan solat taubat tetapi saya takut Allah tidak menerima taubat saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengaku pada ibu ayah yang saya percaya pada hasutan kakak sebab semua yang berlaku tanpa pengetahuan ibu ayah. Kalau boleh saya tidak mahu ibu ayah tahu sebab itu akan menghancurkan hati ibu ayah dan mungkin memudaratkan kesihatan mereka. Adakah taubat saya diterima walaupun saya hanya memohon maaf dan mennangis pada Allah tanpa pengetahuan ibu ayah?
Jawapan
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ