Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah seorang balu (mempunyai anak perempuan) mengahwini adik ipar lelaki nya sendiri? Dan apakah hukum hubungan anak perempuan itu kepada suami baru ibu nya, adakah masih sebagai bapa/anak saudara atau anak/bapa tiri?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika balu tersebut berkahwin dengan adik iparnya sendiri (adik lelaki al-marhum suaminya) hukumnya adalah harus, kerana bukan haram muabbad (مؤبد). Hubungan anak perempuannya dengan suami barunya adalah sebagai anak tiri dan anak saudaranya sendiri. Suami barunya juga boleh mewalikan pernikahan anaknya jika datuknya juga telah meninggal dunia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.