BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assaalamualaikum YBhg. Ustaz, Suami telah marah kepada isteri dan telah menulis ayat seperti di bawah melalui whatsaap. Isteri telah minta tolong suami melalui whatsaap supaya suami basuh cawan selepas digunakan. Dengan tiba-tiba suami marah dan menulis mesej seperti di bawah : "Mulai hari ini sekiranya kamu (isteri) sediakan makanan kepada saya kali pertama maka akan jatuh talak 1, sekiranya sediakan kali kedua akan jatuh talak 2 dan tiga kali kamu sediakan maka akan jatuh talak 3." Sehingga harini isteri tidak menyediakan sebarang makanan dan minuman kepada suami. Bagaimana untuk selesaikan isu ini? Terima kasih Ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor Bil.3/2003 yang bersidang pada 8 / 10 Ogos 2003 berkenaan : Hukum Cerai Melalui SMS, memutuskan bahawa: i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut: a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami b. Bahawa penerima SMS adalah isteri c. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima d. Suami berniat untuk menceraikan isteri ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah. iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah. iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri. Rujukan fatwa perceraian melalui sms : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/875-hukum-cerai-melalui-sms Sehubungan itu, pasangan tersebut hendaklah mengemukakan perkara ini terus Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal bagi menentukan status pernikahan mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 170

message user image