Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum seorang Islam membeli barangan terpakai yang dijual oleh pihak gereja kristian, mohon pencerahan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, secara asasnya barangan tersebut dan hasil jualan adalah kegunaan dalam kemungkaran dan kesyirikan kepada Allah SWT. Oleh itu diharamkan bekerjasama dalam kemungkaran dengan membantu pihak gereja dalam urusan jualbeli. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (al-Maidah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.