BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Bolehkah saya berbuat qurban untuk anak² tiri yang dibawah jagaan saya? Dan perlukah saya mendapat izin dari ayah kandungnya? 2. Perlukah saya mendapat keizinan dari isteri dan anak-anak dibawah tanggungan saya untuk berbuat korban atas nama mereka setiap seorang? Sekian. Salam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Boleh membuat qurban untuk anak-anak tiri yang berada di bawah tanggungan. 2. Tidak perlu, kerana hak penjagaan anak-anak tersebut (hadhanah) telah dipertanggungjawabkan ke atas isteri dan tuan sebagai ayah tirinya. Walau bagaimanapun, bagi menjaga silaturrahim dan hubungan anak dan bapa, bolehlah dimaklumkan kepada ayah kandungnya. 3. Sebaiknya perlulah dimaklumkan kepada isteri dan anak-anak yang menjadi tanggungan tuan agar manfaat dan hikmah berqurban itu dapat disyukuri bersama-sama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 168

message user image