Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang hukum memakan makanan yang meggunakan bekas yang sama untuk memasak daging tidak halal (babi). Saya berada di sebuah universiti di Amerika, saya perlu memakan makanan yang dimasak di kafeteria kerana saya tidak boleh memasak sendiri di bilik. Selain itu, saya juga ingin bertanya tentang aurat. Adakah aurat wanita Islam dan bukan Islam sama seperti aurat wanita bersama lelaki. Saya duduk di dalam bilik bersama dengan pelajar dari Amerika dan kadagkala mereka membawa kawan perempuan lain untuk masuk ke bilik. Perlukah saya menutup aurat sepanjang masa? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, hukum memakan makanan yang menggunakan bekas yang sama untuk memasak daging tidak halal adalah haram jika diyakini. Tetapi, jika tidak diyakini (tidak nampak bendanya dan hanya andaian), maka harus. Aurat wanita muslimah dengan wanita bukan muslim adalah sama seperti auratnya sesama wanita muslimah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.