BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam saya ingin bertanya adakah saya jatuh talak dalam keadaan marah, ceritanya bergini saya berkata pada isteri saya kalau awak keluar awak tidak sayang saya tetapi isteri saya tetap keluar dan saya menghantar pesanan ringkas berbunyi (saya lepaskan awak) adakah sudah jatuh talak? Terima kasih itu saja soalan saya..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami

ii. Bahawa penerima SMS adalah isteri

iii. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima

iv. Suami berniat untuk menceraikan isteri

Rujukan fatwa perceraian melalui sms : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/875-hukum-cerai-melalui-sms

Justeru, pihak tuan hendaklah mengemukakan perkara ini terus kke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal bagi menentukan status pernikahan tuan dan isteri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 368

message user image