BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Lembu dihadiahkan kepada masjid atau surau oleh MB atau YB(Adun/Parlimen), bolehkah jawatankuasa masjid/surau meletakkan nama (asnaf/miskin) sebagai bahagian dalam ibadah lembu qurban?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan:  Pihak jawatankuasa masjid/surau boleh memilih dan memberi keutamaan kepada golongan asnaf fakir miskin atau individu lain bagi mewakili bahagian qurban yang disertai.  Asnaf fakir miskin atau individu yang terpilih disunatkan mengambil daging tidak melebihi 1/3 daripada bahagian qurban yang disertai.  Pihak jawatankuasa masjid/surau dilarang melakukan perkara lain ke atas haiwan qurban kecuali untuk ibadah qurban sahaja. Rujukan : http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image