BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya ada satu persoalan kerana saya rasa seperti saya tak layak dapat peluang pekerjaan yang saya inginkan yang baru sahaja ditawarkan Kini saya bekerja di sebuah syarikat kecil dan saya telah memohon untuk bekerja di sebuah syarikat lebih besar. Rabu Pada minggu lepas saya telah memohon cuti pada hari Jumaat dengan tujuan Raya Haji, Alhamdulillah bos saya meluluskan cuti saya. Tiba- tiba saya tersedar bahawa pada hari Jumaat tersebut ada mesyuarat dengan pihak luar dan saya belum maklumkan kepada bos saya, saya pun menghubungi pihak luar untuk cuba mengubah mesyuarat tersebut ke hari Khamis tetapi belum dapat kepastian dari pihak luar tersebut.Pada hari Rabu (waktu malam) itu juga saya menerima jemputan untuk menghadiri temuduga di syarikat lain pada hari Jumaat, dalam hati saya gembira kerana memang saya sudah ambil cuti hari Jumaat tidak perlu saya ambil cuti lain. Khamis Tiba-tiba saya berasa tidak sedap hati sebab cuti saya diluluskan tanpa bos saya mengetahui adanya meeting pada hari Jumaat. Alhamdulillah mesyuarat luar pada Hari Jumaat itu berjaya ditukar ke hari khamis dan saya tiada meeting pada hari Jumaat. _______________________________________________________________________ Saya menghadiri temuduga tersebut dan saya ditawarkan pekerjaan lebih baik. Tapi saya rasa risau seperti saya tidak layak mendapat pekerjaan baru tersebut kerana saya terfikir kalau bos saya tahu ada meeting mesti dia tidak luluskan cuti saya dan saya tidak dapat hadiri temuduga itu, Tetapi saya berjaya tukar Tarikh meeting maka tiada masalah pun. Semasa saya mohon cuti pun saya tidak tahu saya akan dipanggil untuk temuduga.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, rezeki, ajal dan maut adalah di bawah kehendak serta ketentuan Allah SWT. Begitu juga rezeki pekerjaan yang saudari terima. Saudari hanya merancang yang terbaik dan Allah SWT adalah sebaik-baik perancang apabila saudari telah berjaya memperolehi pekerjaan tersebut, maka janganlah berasa bersalah atau bersangka-sangka terhadap rezeki yang telah Allah tentukan itu. Bertindaklah secara profesional, maklumkan dan buat notis meletak jawatan seperti yang diperlukan dalam syarat perlantikan semasa menyandang jawatan sedia ada. Saudari tidak melakukan kesalahan, kerana telah diluluskan cuti dan berjaya menghadiri mesyuarat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 201

message user image