BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah bernazar untuk tidak meninggalkan tahajjud dan dhuha sekiranya bacaan darah saya setelah kemoterapi berubah menjadi normal. alhamdulillah bacaan saya sudah normal semalam. tetapi malam harinya saya terlepas bangun tahajud. bagaimana saya perlu menebus apa yang telah terlepas atau sahkah nazar saya itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika puan meninggalkan tahajjud tersebut kerana ada keuzuran, maka tidaklah berdosa. Tetapi wajib diqada’. Manakala, jika puan sengaja meninggalkan tahajjud tersebut hukumnya berdosa, dan wajib diqada’. Hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina A’isyah RA bahawa : أن رسول الله ﷺ كان إذا فاتته الصلاة من الليل من وجع أو غيره صلى من النهار ثنتى عشرة ركعة Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila terhalang oleh sakit dan sebagainya sehingga tidak boleh melakukan sembahyang malam, maka baginda akan melakukannya di siang hari sebanyak dua belas rakaat” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 176

message user image