BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Majikan bangsa cina beri makanan berupa biskut, air, gula, garam, beras yang mana ia diberi selepas selesai upacara agama mereka iaitu sembahyang hantu. apa yang perlu dibuat dengan makanan tersebut ? buang atau beri kepada orang lain ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya makanan yang dijadikan sebagai bahan sembahan/ pemujaan adalah dalam bentuk haiwan sembelihan, seperti lembu atau haiwan sembelihan lain, haram hukumnya. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Diharamkan kepada kamu memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah yang keluar mengalir, daging babi (termasuk semua anggota tubuhnya), binatang yang tidak disembelih kerana Allah”. (al-Maidah : 3) Begitu juga dengan makanan yang dibuat atau diletakkan disuatu tempat seperti tokong, kuil dan gereja dengan niat atau tujuan untuk diberi kepada berhala yang disembah/ dipuja adalah haram dimakan. Ini kerana perbuatan syiriknya, meskipun pada zatnya makanan itu adalah halal seperti buah-buahan, kuih-muih, minuman, makanan berbungkus dan sebagainya. Oleh itu wajib menghindarkan diri daripada memakan makanan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 482

message user image