BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Asalammualaikum. Tuan, Saya ingin memohon pandangan dari tuan berkenaan kemusykilan yang saya hadapi.Saya ringkaskan cerita. Isteri saya telah membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Dan mahkamah mengesahkan bahawa saya telah menjatuhkan talaq satu. Untuk makluman tuan,semasa dalam tempoh idah. Saya telah meruju' isteri saya semula dalam keadaan sedar. Dengan lafaz yang terang "Saya nama merujuk awak nama.Dan berjanji menjaga awak selamanya".Isteri saya telah menerima ruju' saya.Dan kami menjalani kehidupan seperti biasa,termasuk hubungan kelamin.Tetapi selepas isteri saya menerima tawaran Jawatan PTD, isteri saya berubah kelakuan.Dan tidak mahu mengikut saya ke Jais untuk mendaftarkan ruju.Tidak lama kemudian isteri saya telah menghalau saya keluar dari rumah. Atas nasihat pegawai polis demi kebaikan semua. Saya di minta agar tidak menganggu isteri saya. Saya mengambil keputusan tinggal sementara di tempat kerja, walau bagaimanapun. Saya tetap menyerahkan gaji saya untuk kegunaan isteri dan anak saya setiap bulan.Saya sudah berusaha untuk membawa isteri saya ke jais, tetapi sentiasa gagal sehingga lah sekarang. Dan apa yang saya dapat tahu bahawa sekarang isteri saya telah mendaftarkan pernikahan poligami di makamah tinggi seremban pada 7.8.2019 dan menjadi isteri kedua pada lelaki lain.Tanpa saya dimaklumkan,Tuan Adakah saya menanggung apa-apa dosa dan kesalahan dengan lafaz ruju yang saya telah buat?.Adakah lafaz ruju saya itu sah atau tidak setelah dipersetujui pada permulaan tetapi sekarang isteri saya menafikan.Apakah yang perlu saya lakukan?.Apakah perkhawinan mereka itu sah sedangkan setiap bulan saya serahkan duit sebanyak 800 sebulan untuk isteri dan anak saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebaiknya selepas sahaja berlakunya ruju’ ia mestilah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk pengesahan, sebagaimana dalam Seksyen 52 : Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju’, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Boleh merujuk kepada link berikut: http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/1f0bc08cee681a7b48257115000d6a12?OpenDocument Jika ruju’ tersebut adalah sah, maka tuan bolehlah mengemukakan surat perakuan ruju’ yang dikeluarkan oleh pihak Pejabat Agama ke pihak Pejabat Agama yang mendaftarkan pernikahan isteri tuan untuk tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image