BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. saya dan isteri hampir 3 tahun tidak melakukan hubungan kelamin. Ini berpunca selepas isteri melahirkan anak kelima melalui pembedahan. isteri langsung tidak menunjukkan minat untuk bersama. boleh kah ustaz beri penjelasan bagaimana saya untuk menyelesaikan masalah ini. adakah berdosa saya sekiranya saya menggunakan alternatif lain untuk melepaskan apa yang saya inginkan sebagai suami.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika menggunakan alternatif lain untuk melepaskan nafsu dengan bantuan isteri adalah dibenarkan, sebagaimana firman Allah SWT; وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7) Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas” (al-Mukminun : 5-7) Suami dan isteri berbincanglah secara baik agar kedua-dua belah pihak saling memahami. Suami tidak terseksa dan isteri tidak tertekan. Adalah harus menggunakan kaedah alat-alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin dengan syarat; 1) Tidak mendatangkan kemudaratan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. 2) Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis. 3) Hendaklah ada persetujuan bersama di antara suami dan isteri. 4) Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara’ sahaja. Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/168-hukum-menggunakan-alat-bantuan-untuk-tujuan-hubungan-kelamin Kewajipan menjaga hubungan suami isteri, masing-masing memberi dan menerima. Bagi suami, Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan bergaullah dengan mereka (isteri) dengan cara yang ma’ruf atau baik”. (an-Nisa’ : 19) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 172

message user image