Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu'alaikum, saya ingin bertanya apakah hukum pekerjaan menghantar barang (rider/despacth) bunga pada orang bukan islam yang telah mati? Contoh: jika saya mendapat pelanggan tetap daripada florist untuk menghantar bunga pada pelanggannya untuk upacara kematian? Ini kerana harga upah yang saya tawarkan berpatutan daripada rider lain. Maka apa hukumnya saya menerima wang dari upah tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, harus hukumnya menghantar bunga kepada pelanggan walaupun ianya bukan muslim untuk kegunaan upacara kematian tersebut. Upah yang diterima juga adalah halal disebabkan tugasan yang telah dilaksanakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.