Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menggunakan pam zakar untuk tujuan kesihatan walaupun penggunaannya boleh menaikkan syahwat. Adakah perbuatan itu termasuk dalam kategori onani? Mohon penjelasan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum membesarkan atau memanjangkan zakar tertakluk kepada dua keadaan: Pertama: Hukumnya adalah haram, atas tujuan ke arah melakukan zina dan maksiat. Dalam masa yang sama prosedur tersebut memberi kemudharatan kepada diri sendiri. Kedua: Hukumnya adalah harus, atas tujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga dan mendapatkan lebih ramai zuriat. Kesimpulannya, ia bergantung kepada niat individu tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.