BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya ingin bertanya kan satu soalan. Seandainya saya bekerja dan menaiki kenderaan dari shah alam-padang jawa-klang-meru-shah alam-jalan kebun-kemudian masuk waktu zohor, selepas itu pegi semula ke padang jawa-meru-shah alam = perjalanan lebih kurang 130km (contoh) Maksudnya, bila masuk waktu zohor, saya rasa seperti jauh lagi perjalanan saya. Walaupun dalam bandar yang tidak sampai 20km dari satu bandar ke bandar? Soalan saya, boleh atau tidak saya sembahyang jamak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam keadaan ini, tuan tidak dikira sebagai musafir kerana tuan hanya berlegar di kawasan Lembah Klang sahaja, sedangkan rukhsah untuk solat jamak dan qasar adalah bagi mereka yang musafir lebih dua marhalah iaitu bersamaan 93 kilometer. Maka dalam situasi ini tuan tidak diharuskan untuk solat jamak. Boleh lakukan solat secara tamam di mana-mana masjid dan surau di kawasan yang dilalui. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 169

message user image