BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Persoalan saya, ini mengenai abang dan kakak ipar saya yang duduk sebumbung dengan saya, abang saya bagitahu mereka ada masalah keluarga dimana akak ipar saya ade orang kedua dan abang saya terlalu sayang kan jadi tidak mahu menceraikan akak ipar saya. Namun, keadaan menjadi makin teruk dimana mereka berdua sering bergaduh kerana abang saya masih tidak boleh melupakan kesalahan itu dan menuduh akak ipar masih berhubung. bila saya tanya akak ipar, dia cakap sudah tidak behubung dengan orang ketiga itu. Abang saya ketagih dadah jenis ice, bila tidak dapat dadah tu, emosi dia tidak stabil dan sekarang dia mula memukul akak ipar saya. apa yang perlu saya lakukan? adakah saya perlu berdiam diri? dan apa hak seorang isteri dalam hal begini? adakah dia masih boleh mendapat hak penjagaan anak selepas bercerai walaupun dia curang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, ia sudah tergolong sebagai suatu penderaan. Maka, apabila berlaku penderaan dalam rumahtangga, kakak ipar saudari mempunyai hak untuk membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan daripada pihak yang berautoriti dan berkepakaran. Jika pasangan dapat hadir bersama ia adalah lebih baik. Sekiranya berlaku perceraian antara mereka, kakak ipar masih lagi mempunyai hak untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak lebih-lebih lagi apabila didapati bahawa suaminya disahkan sebagai penagih dadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 157

message user image