BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum saya tujukan soalan kepada pegawai penasihat agama jais soalan saya ialah saya ada anak tiri dibawah jagaan suami saya tetapi masalahnya ibu kandungnya langsung tidak ambil berat pasal anaknya. adakah ibu itu bersalah terhadap anaknya ? apa hukumya si ibu tersebut? adakah terputus sudah tanggungjawab tersebut setelah bercerai memandangkan bapa tanggungjawabnya memberi nafkah , tempat tinggal dll.. apa sebenarnya tanggungjawab ibu setelah bercerai dengan suami memandangkan masing-masing sudah ada keluarga sendiri?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila berlaku perceraian dan hak penjagaan anak berada di bawah tanggungjawab bapa, tidak sepatutnya ibu melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada bapa seorang. Walaupun bapa dapat melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah sepenuhnya terhadap anak tersebut, tetapi ibu masih lagi perlu mengambil berat terhadap anaknya terutamanya memberikan kasih sayang dan perhatian kepadanya. Anak yang masih kecil sebenarnya sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu kandung walaupun mungkin telah mempunyai ibu tiri sebagai pengganti. Menerima nafkah makan minun dan tempat tinggal yang sempurna serta mencukupi daripada bapa sahaja tidak memadai tanpa perhatian daripada ibu. Tanggungjawab membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama walaupun pasangan telah bercerai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 233

message user image