Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang status duit yang diterima daripada menjawab survey berbayar. Adakah halal dan dibolehkan? Laman web/syarikat tersebut mengendalikan survey bagi pelbagai syarikat. Perlu mendaftar dan kemudian perlu menjawab survey.. Dengan menjawab survey, akan diberi bayaran atau voucher. Adakah membuat kerja tambahan menjawab survey ini dibolehkan? Bolehkah menerima wang atau voucher tersebut? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, kerja tersebut adalah harus dan pendapatan yang diterima adalah halal dan boleh digunakan. Ini kerana elaun yang diberi adalah berdasarkan pekerjaan (survey) yang dilakukan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.