BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Semasa mengerjakan umrah, abang saya mengambil benang daripada kiswah kaabah semasa tawaf. Beliau meletakkan benang tersebut di dalam dompet nya. Saya tidak pasti tujuan beliau berbuat demikian sama ada pelaris atau pun hanya sebagai kenangan. Persoalan nya, adakah di boleh kan kita mengambil benang kiswah untuk di jadikan kenangan? Jika tidak boleh, adakah diboleh kan hanya membuang nya di mana2 atau pun dimestikan kita mengembalikan nya di tempat asal nya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara prinsipnya, walaupun kecil, ia diambil tanpa izin. Oleh itu, ia perlu dipulangkan (boleh dikirimkan kepada jamaah umrah yang amanah). Tentang tujuannya, eloklah berbaik sangka hanya sebagai kenangan, kerana jika diambil bagi tujuan pelaris, ditakuti boleh memesongkan aqidahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image