BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sepasang suami isteri telah berkahwin di satu tempat di Thailand yang diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia. Walaubagaimana pun perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia. Soalannya, sekiranya berlaku penceraian maka tempoh iddah mana yang perlu diguna pakai oleh pasangan tersebut iaitu samada tiga kali suci mengikut undang-undang Malaysia atau 3 bulan 10 hari mengikut hukum yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Thailand. Sekian. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perceraian pasangan tersebut mestilah disahkan terlebih dahulu oleh pihak Mahkamah Syariah. Jika pasangan tersebut bernikah dan terus bermastautin di negara Thailand, sebaiknya urusan perceraiannya juga disah dan diselesaikan di Thailand. Jika pasangan tersebut menetap di negara Malaysia, perlulah mengikut peruntukan Undang-Undang keluarga Islam di negeri masing-masing. Justeru, hendaklah mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia. Kes perceraian yang berlaku juga mesti dilaporkan dan disahkan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal mereka. Tidak boleh membelakangkan undang-undang sedia ada. Jika di Malaysia, terpakai tiga kali suci. Firman Allah SWT; وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ Maksudnya : “Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’” (al-Baqarah : 228) Mazhab Shafie mentafsirkan tiga kali suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 139

message user image