Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Status anak angkat bukan susuan tinggal bersama ibu angkatnya yang sudah ketiadaan suami.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, status anak angkat yang bukan anak susuan yang adalah bukan mahram. Wajib menjaga pergaulan dan auratnya. Oleh itu, tidak boleh tinggal bersama melainkan jika ada bersamanya mahram. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.