BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan mengenai niat suami. Kami bercakap, dan kemudian suami marah sebab memberi anak makanan yang tidak dibenarkan, seperti aiskrim. maka suami memarahi saya, lalu menuduh saya tidak hormat kepadanya dan mengatakan saya raja. Lalu suami mengeluarkan kata seperti kalau tidak boleh ikut arahan boleh pergi, jadi disitu apakah hukum yang perlu saya tahu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, perkataan suami. “Kalau tidak boleh ikut arahan boleh pergi”, adalah perkataan yang tidak mengandungi perkataan cerai. Justeru, sekiranya puan boleh ikut arahan, maka tidak timbul sebarang hukum.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 348

message user image