Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum, Apakah hukum mempamerkan video anak kecil tanpa pakaian dilaman sosial? Ini berikutan saya mempunyai seorang sahabat yang tidak mengambil endah berkenaan video anak beliau tidak memakai sebarang pakaian lalu di muat turun di laman sosial.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya adalah berdosa kerana mempamer aib anak sekalipun anak tersebut belum baligh. Selain menjaga aib anak, larangan memuat turun di laman sosial juga adalah demi menjaga keselamatan dan melindungi anak-anak dari pelaku jenayah seksual (pedofilia). Tambahan pula, anak tersebut akan membesar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.