BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ustaz, saya nak tanya apa hukum seseorang yang berketurunan Syed/Syarifah berkahwin dengan orang biasa? Sebab ibubapa saya masih katakan bahawa haram perkahwinan antara Syed/Syarifah berkahwin dengan orang biasa. Harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya secepat mungkin. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum perkahwinan tersebut adalah harus dan tiada larangan, dengan syarat memenuhi rukun dan syarat nikahnya. Tiada dalil yang melarang atau menggalakkan boleh berkahwin hanya dengan pasangan yang berketurunan sahaja. Pilihlah pasangan atas dasar taqwa, sesungguhnya muslim yang bertaqwa itulah yang semulia-mulianya disisi Allah SWT; Ketahuilah Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (al-Hujuraat : 13) Menjaga nasab bermaksud menjaga susur galur keluarga melalui perkahwinan yang sah disisi syarak, melahirkan anak-anak yang sah taraf, mengelakkan persetubuhan haram dan kehamilan sebelum nikah. Rasulullah SAW tidak pernah memilih kasih atau kasta, apatahlagi berbangga dengan keturunannya. Secara ringkasnya, darah keturunan boleh diwarisi oleh generasi cucu cucitnya, tetapi sifat taqwa tidak boleh diwarisi melalui keturunan. Sesungguhnya perasaan bangga, megah dan sombong dengan keturunan keluarga adalah sifat orang Jahiliyyah, hadis yang diriwayatkan daripada Abi Malik al-Asy’ari katanya Rasulullah SAW bersabda; أربع في أمتي من أمر الجاهلية لا يتركونهن: الفخر في الأحساب، والطعن في الأنساب، والاستسقاء بالنجوم، والنياحة، وقال: النائحة إذا لم تتب قبل موتها Maksudnya : “Empat perkara pada umatku yang termasuk perkara Jahiliyyah yang tidak mereka tinggalkan; berbangga dengan keturunan, mencaci nasab, mengisbatkan hujan kepada bintang dan meratapi mayat”, dan sabdanya : “Sekiranya dia tidak bertaubat sebelum kematiannya”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 308

message user image