BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: salam, saya ada soalan untuk ditanya mengenai talak. pada suatu malam saya dan suami bertengkar, dan menjurus dia bertanyakan pada saya “you nak cerai ke?” saya dalam keadaan marah berkata “ya” dan dia menjawab “OK”. adakah jatuh talak di situ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, ayat “You nak cerai ke?”, yang suami sebut itu adalah ayat berbentuk soalan dan bukan berbentuk lafaz cerai. Perkataan “Ok” juga tidak memberi maksud lafaz cerai yang sempurna. Dalam situasi ini tidak ada lafaz cerai yang sahih daripada suami. Bagaimanapun, puan dan suami adalah dinasihatkan supaya merujuk perkara ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi mendapatkan pengesahan mengenainya kerana perkara ini adalah di bawah bidang kuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 162

message user image