Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah dibenarkan untuk kita memakai gelang yang berloceng yang diterima sebagai mas kahwin ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, memakai gelang yang berloceng adalah dilarang, kerana boleh menarik perhatian orang lain. Namun, jika dipakai tanpa mengeluarkan bunyi, maka ia tidak dilarang. Larangan ini adalah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (an-Nuur : 31) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.