BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbr. Saya mengalami sedikit masalah berkaitan gastrik dan angin dalam badan. Perkara ini menyebabkan saya sering terganggu untuk melakukan ibadah terutamanya dalam bab solat. Seringkali angin didapati keluar bilamana saya ingin tunaikan solat. Saya pernah terdengar suatu ceramah dari seorang ustaz, kata beliau antaranya ; jika individu yang mengalami masalah kentut/keluar angin secara kerap, dia perlu untuk tunggu ruang masa atau ruang waktu lain untuk tunaikan solat (ketika yakin angin tidak keluar). Persoalannya: 1) Adakah perlu saya tangguhkan/ lengahkan waktu solat kerana tunggu angin selesai keluar dahulu? Dan bagaimana jika terdapat kekangan waktu, contoh saya hanya sempat tunaikan solat zohor pada jam 1.30-2pm sahaja, sebab pada pukul 2pm hingga 5pm perlu hadir ke kelas kuliyah dan sebagainya. 2) Adakah terdapat rukhsah khusus kepada golongan ini (yang mengalami penyakit masalah angin secara kerap) sebab angin yang keluar bukan hanya waktu solat bahkan ketika di luar solat pun agak kerap. Jazakillah khair atas jawapan dan respon pihak tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Perlu pastikan yang angin benar-benar keluar dengan yakin, bukannya syak. Ini kerana keadaan seperti ini boleh membawa masalah penyakit keraguan yang lebih serius, serta menimbulkan masalah yang lebih besar. 2. Tuan tidak perlu menunggu waktu, kerana ia tidak dapat dipastikan, lebih-lebih lagi bagi mendapat fadhilat afdhal di awal waktu. Selain kekangan berdepan dengan urusan harian yang penting. 3. Di dalam Islam terdapat rukhsah dalam mengerjakan solat bagi mereka yang mempunyai masalah mengekal wuduk seperti kencing tidak lawas/tus dan kerap keluar angin seperti yang tuan hadapi, tuan perlu mengambil wuduk setelah masuk waktu dan kemudian menunaikan solat. Jika tidak dapat menahan angin keluar, solat tuan sah. Bagaimanapun tuan hanya boleh menunaikan satu fardhu bagi setiap sekali wuduk. Namun, boleh digunakan untuk beberapa amalan solat sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 163

message user image